:
INFO PENGKALAN HULU


MTQAV PENGKALAN HULU
 
✅kelayakan pelajar ke MTQAV 05
 
▶️ Lelaki
▶️ Berusia 16 hingga hingga 21 Tahun
▶️ Tempoh pembelajaran maksimum 3 tahun
▶️ Boleh membaca Al-Quran.
▶️ Menerima pelajar lepasan Spm yang berminat untuk menghafal Al-Quran
 
✅Pembelajaran yg ada di MTQAV 05 :
 
▶️ Tahfiz (Hafazan dan ulangan Al-Quran) teori dan praktikal 70%.
▶️ Kemahiran Teknikal elektrik , dan kemahiran Pertukangan 15% ( Bersama kolej Komuniti Gerik)
▶️ Pembelajaran kitab lama (pondok)
Tauhid, nahu dan sorof, feqah,tasawuf,hadith,tafsir,tajwid,Akhlak
 
✅Sijil yang disediakan:
 
▶️ sijil hafazan ( khatam / Shahadah )
Antara aktiviti-aktiviti didalam dan diluar yang diadakan di MTQAV 05
▶️ Pertanian ( penanaman durian dan buah buahan lain)
▶️ Pertandingan sukan pingpong, badminton, futsal,takrow,
▶️ kelab Nasyid
▶️ Sukarelawan (menziarahi warga emas dan uzur)
 
✅Pencapaian MTQAV 05
 
▶️ setiap tahun kami menghasilkan para huffaz yang telah tamat hafazan al-quran
▶️ Kami juga berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya menamatkan hafazan dalam masa 1 tahun 7 bulan
▶️ Disamping menghafal dan lancar al-quran disini juga dibekalkan ilmu agama yang di ajar oleh us yang mendapat pengajian dari pondok Pak Teh pengkalan Hulu
-
🌹Kolaboratif🌹
 
Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat addin ( Vokasional) 05 pengkalan hulu ada kolaboratif bersama Kolej komunit gerik untuk membuat satu kursus kemahiran dalam bidang pertukangan, disebabkan pendemik ini kami terpaksa tangguhkan
Selain itu, lanjutan bagi pelajar lepasan MTQAV 05 boleh menyambung pengajian di USAS di (Kuala Kangsar) dan IKDAR di ( Taiping ) untuk mengambil SPM ( fast track ) ataupun menyambung pengajian diploma yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat mengambil Diploma Tahfiz Qiraat serta bidang kamahiran yang lain.
Yayasan ADDIN telah bersedia untuk bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi melaksanakan agenda Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ( PISH ) yang dipengerusikan oleh EXCO Agama Perak iaitu menggabungkan bidang tahfiz dan kemahiran dalam satu masa pengajian yang tersusun modul dan sukatan pelajarannya yang kita namakan sebagai Tahfiz Vokasional.
 
 
.
hubungi kami untuk keterangan lanjut:
 
Pengetua MTQAV 05 Pengkalan hulu
Tel: 019-4259982 (us Fakri)
Atau
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN
Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia Taman Sin Lok,
Jalan Kuala Kangsar, 30000 Ipoh Perak
Tel: 0135298595
(ustaz Ismail)